Hukum ibadah qurban ke atas umat Islam adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang baligh, berakal, merdeka serta berkemampuan untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan di sini ialah orang yang mampu untuk berkorban setelah ada lebihan dari keperluannya untuk dikeluarkan bagi tujuan qurban pada Hari Raya Adha dan hari-hari tasyrik. Inilah antara hikmah disyariatkan ibadah qurban ke atas umat Islam seluruhnya yang boleh kita perhatikan.
Menurut jumhur ulamak, sunat melakukan korban bagi orang yang mampu dan adalah makruh hukumnya jika orang yang mampu itu tidak melakukan ibadah korban sedangkan ia berkemampuan untuk melakukannya. Sabda Rasulullah SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه، أن رسول الله عليه وسلم قال: من كان له سعة ولم يضح، فلايقربن مصلانا {رواه إبن ماجه}
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.
Terdapat 5 hikmah disyariatkan ibadah korban itu, antaranya:
Pertama: Sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Ibadah korban mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih putera baginda Nabi Ismail AS. Ia merupakan pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka berdua. Perintah yang amat berat itu telah dilaksanakan atas dasar iman dan taqwa yang dilakukan tanpa ragu-ragu atau was-was. Atas dasar ketaatan dan ketulusan mereka tersebut, maka Allah SWT akhirnya telah memerintahkan agar Nabi Ismail AS digantikan dengan seekor kibas.
Kedua: Memupuk sikap pemedulian dan prihatin terhadap masyarakat. Ini jelas melalui pengagihan daging-daging korban tersebut kepada yang berhak menerimanya khususnya kepada para fakir miskin dan yang memerlukan.
Ketiga: Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS dapat mengasuh dan mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap apa jua ujian yang diberikan oleh Allah SWT dalam kehidupan, tidak mudah mengeluh dan tetap menyerah dan bertawakal kepada Allah SWT. Ketahuilah, apa pun jua keadaan dan musibah yang berlaku, semuanya itu adalah ketentuan dan ketetapan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 156:
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali”
Keempat: Dapat mengikis sifat tamak dan menwujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah Subhanahu Wata’ala. Ingatlah, harta yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita itu bukan hak milik mutlak kita sendiri malah di dalamnya ada hak-hak orang lain seperti golongan fakir miskin dan sebagainya. Harta itu hendaklah disalurkan untuk sedekah, infaq, zakat dan membantu yang memerlukan melalui ibadah korban.
Kelima: Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 34:
وَلِڪُلِّ أُمَّةٍ۬ جَعَلۡنَا مَنسَكً۬ا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ
“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka.”
Alhamdulillah....tahun ni sekali ayah buat korban sebagai tanda terima kasih dan taat kepadaNya..semoga korban ini diterima dicc Allah s.w.t....
mcm biasa...bergambar kenangan di Perkarangan masjid Al irfan...
Selamat Hari Raya aidiladha buat semua |
besaq sangat kamu anak.... |
hahhahahhahaha.....otak lembu... |
Menu raya oleh kak ipaq n acu... |
Allahuakbar |
Keluaq dari wayang....perut lapaq...mata mengnatuk...masa ni dekat 1 pg..hahahhahaha |
Malam raya...alang sponser tiket Mat Kilau...thanks alang |
heaven la.... |
Persiapan sambut raya...sebaldi ayah mesin nyoq habuan buat kerisik |
No comments:
Post a Comment